Latest News

Tidak Serik, Nurul Ain Tampil Separuh Bogel Dlm Filem Oh Mak Kau (OMK)?


Jika ditanya siapakah geranganya Nurul Ain Nordin ini kami yakin dan pasti kebanyakkan dari anda tidak mengenali gadis yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor ini. Namun tidak lama dahulu gadis ini pernah menimbulkan satu kontroversi yang cukup besar, apabila dengan berani tampil hampir separuh bogel bagi filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Filem Oh Mak Kau (OMK)
Kini apa yang disampaikan kepada kami, pelakon dan juga pengarah bagi filem Oh Mak Kau (OMK) yang diterbitkan syarikat produksi Ain sendiri bersama beberapa rakan kongsinya iaitu Star Scope Production Sdn Bhd dikatakan bakal membawa satu lagi malapetaka bagi Pengarah muda ini apabila sekali lagi berani tampil separuh bogel dalam filem terbarunya pula. Benarkah begitu?
Sudah pasti tindakanya itu nanti bakal dikritik hebat seperti mana kontroversi sama yang pernah dilakukanya tidak lama dulu. Filem Oh Mak Kau (OMK) ini khabarnya dibarisi ramai pelakon pelawak terkenal diantaranya Sepahtu, Didie Alias, Yank Kassim, Wan Maimunah, Ayda & Kay AF9, Abbot dan juga Nurul Ain sendiri. Tapi apa yang menarik perhatian kami ialah kemunculan istimewa seorang lagi pengarah muda yang cukup dikenali ramai iaitu Syamsul Yusof.

Filem Oh Mak Kau (OMK)
Tindakan Syamsul Yusof turut sama terlibat didalam filem ini juga menimbulkan pelbagai spekulasi yang akhirnya menimbulkan cakap-cakap belakang bahawa diantara dia dan Nurul Ain dikatakan sedang hangat bercinta. Namun perkara itu disangkal oleh Syamsul Yusof sendiri walaupun sudah tersebar beberapa keping gambar mesra semasa mereka berdua dilokasi.
Sempat juga kami meninjau di facebook rasmi filem ini untuk mencari beberapa info yang panas, namun tidak ada tetapi kami tertarik dengan peraduan yang dianjurkan dimana hadiah utamanya ialah Naza Vespa yang akan diumumkan pemenangnya pada malam gala OMK.

Filem Oh Mak Kau (OMK)
Jadi apa kesudahan Filem arahan pengarah muda ini, bakal berjayakah untuk mencatat kutipan yang tinggi? segalanya akan diketahui apabila filem ini bakal ditayangkan pada 16 Mei 2013.
Owhh.. Sebelum terlupa. Kami juga diberitahu oleh salah seorang crew yang rapat dengan pengarah muda ini yang katanya dalam perancangan untuk mengambil tindakan saman terhadap beberapa pelakon OMK yang tidak memberikan kerjasama sewaktu promosi sedang dijalankan ketika ini. Kami dalam usaha untuk mendapatkan kenyataan beliau tentang perkara ini.




______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.