Latest News

Marsha Milan Tampil Ghairah Dalam Laga.

Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan wanita seksi dan menghairahkan.

Marsha Milan
Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dengan keadaan yang menghairahkan dalam keadaan berkemban.
Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan & beberapa nama besar yang lain.

Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem ke 2 hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatahlagi tiada nama-nama komersial didalam filem arahanya kali ini.
“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai.” Ujar Ismail Yaa’cob


Laga Marsha Milan
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.