Latest News

(GOSIP)Kekasih Maya Mohd Asraruddin Putra Omar Tidak Wujud Di Dunia Realiti?

Di alam maya, ada manusia yang memakai identiti orang lain. Jangan sangka avatar yang digunakan di media sosial itu ialah wajah sebenar, kemungkinan gambar yang dipaparkan dicuri dari orang lain.
Sebelum ini, sekitar tahun 2008, penulis blog yang menamakan dirinya Maya Darina Dahlan Hain yang menulis di madarina.blogdrive.com, pernah kantoi apabila dia sebenarnya tidak wujud, walaupun telah menjalin hubungan dengan pelakon Pierre Andre dan Maya Darina juga mendakwa menjalin hubungan dengan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, yang pada masa itu ialah teman lelaki Marion Caunter.
Sebelum ini juga, kecoh apabila penulis blog kisah cinta yang dikatakan kisah realiti, iaitu Bvlgarigirl yang menulis di bvlgarigirl.blogspot.com juga telah kantoi. Beliau dikatakan tidak wujud, sebaliknya hanyalah satu identiti yang dicipta oleh seseorang untuk melakukan blog jualan yang juga milik individu yang sama.
Apabila penipuan diketahui, kedua individu ini berusaha untuk memadamkan semua bukti mengenai kisah fantasi mereka dari alam maya dan menghilangkan diri.
Apakah kaitan dua kisah ini dengan kisah yang hendak kami sampaikan? Untuk makluman anda, baru-baru ini pemain bolasepak tempatan terkenal, Mohd Asraruddin Putra Omar (juga pemain bolasepak negeri Selangor dan kebangsaan) telah memberi mesej secara terbuka didakwa sebagai ‘my love’ kepada seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, yang bernama Lela Jamaluddin di Instagram.
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Ramai yang menganggap Lela Jamaluddin menggunakan gaya bahasa yang terlalu kasar untuk seorang perempuan belia, namun secara defensif apabila perkara ini diajukan kepadanya, Lela Jamaluddin menafikannya. Lela banyak memuat naik gambar yang didakwa dirinya melakukan pelbagai aktiviti seharian, namun menyangkal habis-habisan yang dia sebenarnya seorang yang ‘palsu’.
Untuk itu pengguna Forum Cari yang terkenal dengan kebolehan penyiasatan online telah menyiasat milik siapa sebenarnya wajah di sebalik nama Lela Jamaluddin.
Siasatan mereka tidak mengecewakan. Lela Jamaluddin, atau siapa saja disebaliknya didapati menggunakan gambar-gambar seorang wanita yang tinggal di Kota Kinabalu, Sabah, yang hanya dikenali dengan nama Olivia. Olivia berasal dari Tanjung Aru dan sudah mempunyai teman lelaki. Nampaknya, Olivia juga tidak mengetahui tentang gambarnya yang dicuri dan digunakan oleh orang lain.
Mengikut siasatan awal, Lela Jamaluddin sebenarnya cuba untuk memikat Mohd Aidil Zafuan Mohd Radzak, pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, tetapi nampaknya Asraruddin yang tersangkut.
Apakah Asraruddin sebenarnya telah berjumpa dengan wanita ini sebelum memanggilnya ‘my love’? Atau ini satu lagi kisah mirip kisah cinta online Maya Darina Dahlan Hain? Hanya mereka dan tuhan yang tahu jawapannya.

Kredit kepada Team CSI Cari untuk kesemua maklumat ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.