Latest News

Kata-Kata @mygothsoul Tak Jejaskan Saya – Rozana Misbun

Dakwaan @mygothsoul atau namanya Ain Hussin yang menyatakan Rozana Misbun menipu kecederaan yang dialaminya memang menggegarkan dunia hiburan baru-baru ini. Untuk anda yang tidak tahu, Ain merupakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Mereka yang bersimpati kepada Rozana mula ragu-ragu selepas bukti demi bukti dikemukakan oleh Ain menerusi akaun Instagramnya. Menariknya, Rozana tampil menerusi BiPop semalam memaklumkan yang dakwaan Ain tidak menjejaskan dirinya langsung.
rozana misbun
Melalui apa yang ditulis semalam, persahabatan Ain dengan Rozana bermula Mac lalu di Konsert Teaterikal Suara Kita. Persahabatan yang baru terjalin selama 4 bulan dipertikaikan kerana Ain berlagak seolah-olah pernah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan Rozana. Malah Rozana mendakwa yang Ain merupakan individu yang mendorongnya membuat laporan polis terhadap Awie. Kata Rozana menerusi ruangan yang dikelolakan Raja Nurfatimah Mawar:-
Kata-kata yang keluar dari mulut manusia @mygothsoul waima sebesar kuman pun tidak menjejaskan saya. Seboleh mungkin saya memang tidak mahu komen kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diuruskan daripada membuang masa berharga untuk bercakap tentang manusia yang tiada kaitan dalam hidup saya. Biarlah orang nak kata apa, nanti penat berhentilah tu. Sebelum bercakap perihal orang lain, eloklah @mygothsoul cermin diri. Muhasabah diri daripada sibuk menjaga tepi kain orang.
Soal anak-anak saya berserah saja. Saya memang berharap dapat menyambut Aidilfitri bersama tiaga anak saya. Jika sebaliknya, saya reda dan bersabar kerana saya percaya suatu hari nanti, Tuhan akan pertemukan saya dengan anak-anak. Hati ini meronta-ronta nak bertemu mereka, siang malam saya teringatkan anak-anak. Maklumlah sudah lebih sebulan saya tidak bertemu dan memeluk mereka.
Kami tidak pernah berpisah selama ini. Saya berdoa Tuhan menguatkan hati saya menghadapi dugaan ini. Soal cerai, kita tunggu dan lihat saja nanti. Doakan yang terbaik buat saya.
rozana
Abang Nara lihat Ain Hussin ada memberi komen di BeautifulNara ini. Mungkin boleh beri penjelasan sedikit mengenai kata-kata Rozana Misbun. Apa pun, Abang Nara tak sabar nak mendengar perbicaraan kes ini. Nak tahu juga siapa benar dan siapa salah. Sama-samalah kita nantikan kelak. Buat masa ini, harap Awie dan Rozana bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.