Latest News

"Seks adalah elemen terpenting dalam hidup!" - Raja Azmi

Novel Karkuma Raja Azmi Tetap Punya Elemen Cinta dan Seks!

KL, 17 JULAI 2014: Walaupun novel dan filem terdahulunya disulami kontroversi akibat kandungan yang dikatakan tidak sesuai untuk dibaca kerana berbaur seks dan hubungan intim, namun Raja Azmi tetap merasakan seks itu adalah salah satu cabang kepada sebuah kehidupan seperti yang  terdapat di dalam novel terbaru nukilannya, Karkuma.
Bagi generasi baru mungkin kurang tahu bahawa Raja Azmi merupakan seorang novelis terkenal selain daripada menjadi pengarah kepada beberapa filem yang mencetuskan kontroversi seperti Cinta 200 Ela dan …. Dalam Botol tidak lama dulu.

Kini setelah hampir 14 tahun tidak menerbitkan karya baru, Raja Azmi yang mula menulis di era 90’an popular menerusi novel pertama Black Widow kini tampil semula dengan Karkuma setelah kali terakhir menghasilkan novel pada tahun 1999.

“Memang orang akan memperkatakan tentang hal ini tetapi saya bukan sengaja mahu mencari kontroversi untuk melariskan sesuatu karya. Tetapi pada saya seks, cinta dan elemen agama adalah elemen terpenting dalam hidup dan ia harus ditampilkan untuk melengkapkan cerita.

“Tetapi saya penulisan saya dalam karya sebelum ini lebih jelas menghairahkan dari segi jalan cerita yang ada tetapi di dalam Karkuma ia sekadar pelengkap cerita dan ditampilkan melalui pantun.

“Menerusi pengamatan tentang sejarah dulu-dulu, mereka menggunakan elemen pantun untuk menyatakan hasrat untuk bersama dengan pasangan masing-masing dan saya rasa ia menarik untuk diceritakan.

“Saya harap umum diluar sana harus lebih bersikap terbuka menerima sesuatu kerana ia adalah realiti dan saya bukanlah suka untuk mencari kontroversi seperti mana yang sering didakwa,”ujar Raja Azmi setelah ditemui di majlis pelancaran novel fiksyen terbarunya Karkuma di RA Finearts Gallery, Publika, Rabu, semalam.

Karkuma mengisahkan cerita mengenai seorang pemuda yang boleh berbicara dengan tumbuh-tumbuhan jatuh cinta dengan seorang wanita yang diidami jejaka lain bernama Jemang. Konflik ini membawa kepada tindakan Jemang cuba untuk menghapuskan Karkuma menggunakan kuasa jin yang menjadi isi kandungan novel ini.Karkuma akan diedarkan oleh Merpati Jingga dan boleh dimiliki dalam bentuk digital.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.