Latest News

Bakal Timang Cahaya Mata, Bade Masih Suami Erma Fatima

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Bade tampil untuk menjelaskan status perkahwinannya dengan Erma Fatima. Kalau selama ini hanya Erma sahaja yang tampil membuat penafian mengenai desas-desus penceraian antara mereka, kali ini Bade juga menjelaskan yang dirinya masih lagi suami kepada Erma. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tiada lagi khabar angin mengenai penceraian 2 pengarah hebat ini.
bade erma
Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah kepada Bade yang bakal menimang cahaya mata dengan isteri keduanya tidak lama lagi. Semoga dengan kehadiran si comel ini, bukan sahaja akan mengeratkan hubungan Bade dan isteri kedua, malah Bade dan Erma juga. Kata Bade mengenai status perkahwinannya dengan Erma:-
Tiada apa yang saya boleh kata kan. Macam yang biasa kita dengar orang cakap, no comment”. Bagi saya dan Erma, kami ni dah season (orang lama). Kami sudah masak dengan gosip dan khabar angin sebegini. Erma memang sifatnya suka bercakap, ada kalanya dia suka bergurau dan provok.
Saya pula, banyak hati yang perlu saya jaga. Bukan senang nak jaga hati semua orang. Jadi saya memilih untuk berdiam. Sebelum ini pun saya hanya buat satu kenyataan saja iaitu pengakuan yang memang saya berkahwin lagi.
Saya akui tertekan juga bila timbul cerita (gosip cerai) begini. Tapi releks saja lah dan tekanan itu saya simpan sendiri. Kalau ada yang kata saya kahwin lagi satu kerana nakkan anak, itu orang yang cakap bukan saya. Apa yang orang nak cakap, saya tak boleh nak halang.
Tapi, jangan lah dengar cakap orang atau pun apa-apa gosip. Saya masih lagi suami dia (Erma). Saya masih tetap jalankan tanggungawab saya. Erma dah jumpa Aida. Anak-anak juga sudah jumpa. Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja.
bade
Diharap Bade terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada kedua-dua isterinya dengan adil dan saksama. Abang Nara percaya Bade seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan melupakan isteri pertama walaupun sudah berkahwin dua. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Bade kerana bakal menimang cahaya mata. Semoga segalanya dipermudahkan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.