Latest News

Shahrul Shiro Hidup Bawa Watak Bangla


Majibur mari, antara drama yang sangat-sangat dinanti-nantikan pada hari raya tahun ini, Dimana tahun lepas Shahrul dan Ajak berlakon dalam rabak raya. Antara barisan pelakon rabak raya ialah Ropi cecupak, Liza Abdullah dan ramai lagi. Dalam drama rabak raya Shahrul shiro memegang watak lelaki lembut dan mempunyai butik pakaian, manakala Ajak shiro pula adik kepada Shahrul iaitu seorang samseng yang baru sahaja keluar dari penjara.


Tapi pada raya tahun ini agak berbeza! dimana Shahrul shiro melakonkan watak sebagai lelaki dari Bangladesh yang menjual karpet. Clip dibawah ini menunjukan watak itu benar-benar menjadi! memang promot bangla habis! gembira sakan!  Ilya pun apa kurangnya, suka bebenar lakon watak bangladesh, pada zaman senario dahulu kala Ilya juga telah melakonkan watak bangla.


Mujibur Mari



Barisan pelakon: Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Ilya Senario, Yasha Eliza, Pak Chu Raja Lawak
Dari Bangladesh, akhirnya cita-cita Mujibur untuk bekerja di Malaysia berjaya. Dia kini bekerja sebagai penjual karpet di kedai milik Babu dan antara tugasnya ialah menghantar karpet menaiki motor EX5, dan adakalanya membawa van bersama rakan-rakan Bangladeshnya. Mujibur jatuh cinta kepada kepada Nina ,kepada Aja). Nina suka kepada Mujibur kerana sifat Mujibur yang kelakar, jujur dan tak pernah tinggal solat dan rajin kerja. 


Namun begitu hubungan ini telah ditentang sekeras kerasnya oleh kerana enggan mendapat adik ipar Bangla! Ajak mempunyai banyak hutang telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan hubungan mereka. Mujibur kecewa dan mahu balik Bangladesh.Ajak pula diugut percepat bayar hutang! Jika tidak seluruh keluarga jadi mangsa.Nina takut dan bagi tahu Mujibur. Secara senyap, Mujibur bayarkan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Nina. Hasil jualan karpet itulah Mujibur korbankan untuk bayarkan hutang Ajak.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.