Latest News

Penyanyi Berkumpulan Popular Dipenjara 20 Tahun



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan tahun 2000 atas kesalahan merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka di Gombak dekat sini pada dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arsad menolak permohonan tertuduh menerusi peguam bela, Azmi Talib bagi merayu pengurangan hukuman yang telah disabitkan di Mahkamah Sesyen Kajang tahun lalu kerana kesalahan dilakukan berat dan telah menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa.

Sebelum ini, Hakim Nor Hazani Hamzah pada 6 September 2013 telah memutuskan tertuduh berusia 39 tahun itu bersalah merogol anak tiri perempuannya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut. 
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.