Latest News

LISA SURIHANI SELAMAT BERSALIN

Yusry KRU atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim kini bergelar bapa apabila isterinya Lisa Surihani telah selamat melahirkan bayi sulung mereka sekitar jam 11.44 malam semalam. 

Menerusi status terbaru di laman Facebook Nur Fazura, dia mengucapkan tahniah di atas kelahiran sulung bayi perempuan teman baiknya, Lisa. 

"Syukur. Alhamdulillah. Tahniah Ize (merujuk kepada Lisa) kerana selamat melahirkan bayi perempuan. Kak Ifti ( merujuk kepada watak Fazura dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia) tak sabar nak tengok kalian esok," kata Fazura. 

Klik gambar untuk size besar


Bagaimanapun saat ini butiran lanjut mengenai kelahiran bayi sulung Yusry dan Lisa belum diperolehi. Pasangan ini berkahwin pada Februari 2012. 

Dalam masa yang sama, peminat setia selebriti tersebut turut melahirkan rasa syukur dan gembira selain mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga. 

Tahniah kami ucapkan dan semoga kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih sinar & bahagia kepada pasangan suami isteri yang sememangnya kelihatan manis sentiasa. 

Sumber: BH
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.