Latest News

Kris Allen Juara American Idol!


Itulah yang dipanggil "kezutan". Ketika kebanyakkan penonton musim kelapan American Idol (AI) menjangka Adam Lambert akan dengan mudahnya menjulang trofi AI tahun ini, tak terkejutnya bila nama Kris Allen, pelajar dari Arkansas, Texas yang sudahpun mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Katy, yang diumumkan sebagai juara.

Tak dinafikan bakat Lambert yang bersuara lantang (walaupun pengkritiknya melihat ia lebih kepada teriakan), dan sepanjang tempoh pertandingan AI, beliau seringkali mendapat pujian para juri, termasuk Simon Cowell, yang seperti semua sudah sedia maklum, tidak begitu mudah untuk dipuaskan.

Jika dilihat pada konsert terakhir malam tadi, walaupun lagu pertamanya, "Mad World" kurang memberangsangkan berbanding versi "Ain't No SunShine" Allen, namun Lambert berjaya mengagumkan semua dengan "A Change Is Gonna Come" dan lagu baru yang dicipta khas untuk AI tahun ini, "No Boundaries". Malah dari komen juri, sudah seakan dijamin kemenangan Lambert.

Tapi itulah, jika sudah ditakdirkan sesuatu itu rezeki anda, ia takkan ke mana. Buat peminat Lambert, tak perlu disedihkan dengan kekalahan ini. Pastinya ini bukan kali terakhir anda akan mendengar darinya.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.