Latest News

Lagu ‘Happy’ Amy Mastura


Pasti ramai peminat Amy Mastura di luar sana yang rindu untuk ber‘Fiesta’ dan ber‘Lagu’ ‘Happy’ dengannya Kini Amy telah lahir dengan album terbarunya yang berjudul dan berkonsepkan ‘Happy’ di mana ianya bersesuaian dengan jiwanya yang sentiasa ‘happy go lucky’.

Album yang penuh dengan kelainan dari segi gubahan dan susunan muzik ini memuatkan 10 buah lagu di mana rata-ratanya bergenre pop rancak dan ‘fast beat’ seperti single pertamanya “Langkah Dihatimu” diikuti dengan “Lagu Happy”, “Mencapai Bintang” dan banyak lagi.

Paling istimewa, untuk album terbaru ini, Amy turut tampil sebagai komposer dan penulis lirik untuk lima buah lagu iaitu “Langkah Dihatimu”, “Lagu Happy”, “Dingin Malam”, “Ini Kasihku” dan “Mencapai Bintang”. Bukan itu sahaja, Amy turut menjadi di antara peneraju utama bagi menerbitkan album ‘Happy’ ini. Amy telah bergandingan semula dengan Goh Boon Hoe, produser yang pernah menerbitkan albumnya yang terdahulu iaitu ‘Jawapan Kasih’ (1994) dan ‘Pujaanku’ (1996).

Berita baik kepada anda yang ingin membeli album ini. Selain daripada dapat menghiburkan hati, album ‘Happy’ ini turut menawarkan hadiah istimewa. Dengan setiap pembelian album ‘Happy’, peminat juga layak menyertai peraduan dan memenangi wang tunai bernilai RM2,000, tajaan Quaker dan Sony Music. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanyalah menjawab soalan yang disertakan di dalam album ‘Happy’ ini dan hantarkan kepada Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd sebelum 1 Ogos 2009.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan album ini di pasaran dengan RM31.90 sahaja!

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.