Latest News

Tonton ‘Mingguan Lelaki’ Dan Menang Wang Tunai!


Sudahkah anda menonton drama online eksklusif yang terbaru GUA, ‘Mingguan Lelaki’? Jika belum, tak apa, masih belum terlambat untuk mengikuti kisah menarik seorang geek yang jatuh cinta dengan selebriti hangat, yang mengenengahkan bakat-bakat muda hebat seperti Sari Yanti dan Fazren Rafi.

Dan kini, penonton juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui pertandingan SMS ‘Mingguan Lelaki’. Caranya sangat mudah. Selepas menonton setiap episod ‘Mingguan Lelaki’ yang baru, taip ML dan hantar ke 37007. Soalan akan dihantarkan kepada anda. Anda boleh menjawab dengan menaip ML(jarak)pilih huruf dan hantar ke 37007. Kemudian, lengkapkan slogan ‘Saya suka menonton drama GUA kerana…’ dengan menaip ML(jarak)jawapan anda, dan hantar ke 37007.

Untuk setiap episod, wang tunai RM200 boleh dimenangi. Bukan itu saja, hadiah wang tunai bonus RM1,000 juga boleh dimenangi di hujung siri ‘Mingguan Lelaki’ ini!

Jadi, apa tunggu lagi? Tonton ‘Mingguan Lelaki’ dan menang!

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.