Latest News

Sensasi Ayam Panggang di Rasamas


Sekiranya teringin menikmati ayam panggang, singgah sebentar di restoran Rasamas yang kini mempunyai 28 cawangan di seluruh negara serta di Brunei dan Singapura. Restoran francais milik KFC Holdings (Malaysia) Berhad ini menyajikan hidangan sampingan lain seperti nasi, sup dan sosej.

GUA sempat menikmati sajian terbaru daripada restoran ini, set ayam panggang ‘Sensasi’, bercitarasa eksotik, pertama seumpamanya di Malaysia. Memandangkan rakyat Malaysia gemar menikmati nasi ayam, Rasamas adalah restoran yang sesuai dikunjungi bersama keluarga atau teman.

Menariknya, selain menikmati hidangan nasi ayam panggang, anda boleh juga membeli ayam panggang itu di kedai Ayamas di seluruh negara.

Hidangan set ayam panggang ‘Sensasi’ mengandungi separuh ayam panggang bersama sos enak, dua pinggan nasi berempah, sepinggan taugeh goreng dan sepinggan taufu telur digoreng bersama sos tiram serta dua mangkuk sup tauhu. Sungguh menyelerakan!

Harga bagi kombo ini ialah RM25.10. Bagi pesanan ala-carte ayam panggang – RM18.40 untuk seekor, RM12 untuk separuh dan RM8.50 untuk suku.

Selasih Lime, air penghilang dahaga juga disediakan dalam kombo ini. Limau nipis yang dicampur Sprite serta biji selasih pastinya memberi kelainan dalam pilihan minuman anda. Cuma tambah RM2.20 atau RM3.20 untuk pesanan ala-carte.

Kurang enak rasanya andai tidak memesan hidangan sampingan lain. GUA turut memesan roti bawang putih yang cukup rangup berharga RM2.90 dan semangkuk sosej koktel berharga RM4.40.

Tidak lengkap rasanya makan tanpa menikmati pemanis mulut. Untuk itu, sekiranya anda memesan set kombo ayam panggang ‘Sensasi’, pemanis mulut longan turut disediakan.

Set ayam panggang ‘Sensasi’ didatangkan untuk tempoh terhad sahaja iaitu sehingga akhir Ogos ini. Sekiranya anda tidak berkesempatan menikmati ayam panggang ‘Sensasi’, pilih sahaja perasa lain seperti pepper, percik dan golden roasters.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.