Latest News

Waheeda, Maizawati Harus Kunci Mulut?


Kesan daripada pendedahan isteri Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 33, terhadap sikap suaminya serta hubungan Akhil dengan penyanyi Waheeda, 31, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Ramai bertanya kenapa Akhil hanya mendiamkan diri dan membiarkan kedua-dua wanita itu berbalas kenyataan di dalam media massa? Selepas berdiam diri, akhirnya Akhil memberikan kenyataan beliau kepada akhbar Berita Harian, hari ini dengan berkata dia hanya mahu memberikan kenyataan berhubung kemelut dengan isterinya itu pada 2 Jun 2009 nanti iaitu apabila kes mereka dibicarakan di mahkamah syariah. "Dia (Maizawati) masih isteri saya buat masa ini. Bagaimanapun, apa yang berlaku kemudian hari, sama ada saya ingin memulakan hidup baru atau meneruskan kehidupan lama, tunggu saja keputusannya 2 Jun nanti," kata Akhil. Beliau dipetik sebagai berkata lagi: "Saya kecewa dengan tindakannya yang keluar rumah tanpa keizinan suami. Sepatutnya apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh 3 bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pihak kadi, bukannya media." Ditanya kenapa dia mengambil sikap mendiamkan diri sejak isu panas ini timbul Ahad lalu, Akhil berkata beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Masalah ini membabitkan banyak pihak, Sekiranya saya bercakap, ia mengaibkan isteri, anak, keluarga serta Waheeda sendiri. Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Tempat yang sesuai untuk membicarakan perkara ini adalah di mahkamah saja," katanya dalam laporan itu. Bagi Murai Batu, apa yang dikatakan Akhil itu ada asasnya kerana perkara ini telah menjadi kes mahkamah. Namun mungkin kerana telah tertekan dengan sikap AKhil sejak beberapa bulan lalu, Maizawati telah tampil mendedahkan kemelut itu di dada akhbar dan kaca TV kerana mahu menarik perhatian Akhil sendiri yang dikatakan tahun ini hanya 3 kali sahaja pulang ke rumah. Di satu pihak lagi, Waheeda pula tidak tahan dengan tuduhan Maizawati dan menafikan dia telah menimbulkan masalah selain mengakui mereka (Waheeda dan Akhil) tidak berkahwin. Tadi, Murai Batu ada ternampak laporan muka depan sebuah akhbar tabloid yang mengatakan ada pihak dari pejabat agama mendakwa Akhil dan Waheeda telah pun bernikah. Hai, pening dibuatnya! Secara kesimpulannya, Murai Batu merasakan segala-galanya bermula daripada sikap Akhil dan Waheeda sendiri yang dari dulu lagi gemar sangat main teka-teki dan mencipta kontroversi. Bukankah keadaan sekarang telah menjadi haru-biru kerana banyak sangat perkara yang cuba disorok? Bagi Murai Batu, Akhil ada hak untuk berkahwin dengan sesiapa pun dan beristeri lagi, cuma yang tidak enak, apabila Maizawati tiba-tiba muncul dan mendedahkan hal rumah tangga mereka kepada umum. Apabila jadi begitu, janganlah salahkan media dan masyarakat. Bukan kita tidak pernah mendengar kisah lelaki muslim di Malaysia hidup aman damai dengan lebih daripada seorang isteri tapi DENGAN SYARAT - berlaku adil supaya tiada pihak rasa teraniaya.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.