Latest News

AMENG SPRING - TAHUN KEDUA BERAYA DI PENJARA

Demikianlah yang berlaku terhadap Ameng Spring yang kini terpaksa meringkuk di dalam penjara gara-gara bahan terlarang itu. Ameng menjadi penghuni penjara sejak 12 April tahun lalu setelah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah.

Awalnya, dia didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Klik untuk imej besar...



Bayangkan usia yang harus dihabiskan di dalam penjara tanpa isteri dan anak tercinta. Hukuman lapan tahun setelah ditolak pengampunan, Ameng sekurang-kurangnya harus tinggal di penjara selama lima tahun empat bulan... itupun sekiranya dia berkelakuan baik!

Manakala hukuman 10 sebatan bukanlah seperti ibu-bapa kita merotan ataupun guru kita merotan semasa kita bersekolah dahulu. Tetapi ia adalah rotan di bahagian punggung yang amat menyakitkan di mana kulit orang yang dirotan akan koyak hingga cedera dan berdarah.

Gambar hukuman rotan sebenar di Malaysia...


Sebatan kebiasaannya akan dilakukan secara bertindih iaitu tiga sebatan dalam satu garis hingga adakalanya menampakkan daging. Dalam hal ini, pesalah akan hanya dirotan apabila hukuman penjaranya hampir selesai bagi meninggalkan parut sebagai ingatan agar tidak mengulangi jenayah lampau.

Itu hanya sedikit gambaran tentang apa yang harus ditanggung oleh Ameng, namun secara keseluruhannya, keluarga Ameng turut menanggung beban dan kesedihan yang sama. Perkara ini diakui sendiri oleh Sabariah Zakariah, 42, isteri Ameng yang kini terpaksa menjalani kehidupan tanpa suami disisi.

Menurut Sabariah, ketiadaan Ameng yang menjalani hukuman penjara di Kluang, Johor bukan sekadar meninggalkan kesan mendalam, malah dia kini terpaksa menjaga anak tunggal mereka, Wan Ahmad Haizal, 5, secara sendirian.



"Bukan mudah untuk menempuh kehidupan tanpa suami. Hampir setiap hari saya menangis, tetapi mengenangkan anak yang tidak tahu apa-apa, saya cuba pendam perasaan sedih itu daripada dilihat anak.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan rindu saya terhadapnya. Saya hanya mampu berdoa dan kuatkan semangat diri agar fikiran lebih tenang serta dapat membesarkan anak sebaik-baik mungkin.

"Jika sebelum ini saya runsing memikirkan bagaimana mahu menyara keluarga memandangkan sebelum ini saya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi alhamdulillah... sekarang ini saya mampu menampung keluarga dengan wang hasil kerja sebagai guru tadika," ujarnya dipetik sebagai berkata semalam.



Untuk info, tahun ini merupakan kali kedua dia dan anaknya terpaksa beraya tanpa Ameng. Malah prosedur penjara yang hanya membenarkan pelawat melawat keluarga dan sanak saudara pada Hari Raya ketiga adakalanya menambah kesedihan yang ada.

Ketika lawatan itu nanti, mereka hanya dibenarkan membeli makanan atau kuih muih yang telah disediakan oleh jabatan penjara (sesetengah penjara). Semua itu dilakukan demi menjaga keselamatan penjara agar tiada barangan terlarang atau bahan yang boleh membahayakan banduan.

Berbalik mengenai isteri Ameng, katanya Ramadan turut mengingatkannya bagaimana gelagat Ameng yang gemar ke bazar membeli juadah berbuka puasa.

"Setiap kali Ramadan, perasaan saya lebih sebak daripada biasa. Habis semua memori lalu diimbas kembali bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya.

"Saya ingat lagi, setiap kali membeli juadah berbuka, lauk gulai kawah antara makanan yang wajib dibeli Ameng," ujarnya sebak.

"Saya ada melawat Ameng pada Ramadan pertama (21 Julai 2012). Keadaannya seperti biasa dan lebih tenang,” tambahnya.

Kesimpulan daripada kisah Ameng tadi, kehidupan boleh hancur binasa gara-gara dadah. Bagi yang mencuba, masih berjinak-jinak atau yang sudah terjerat, kembalilah ke pangkal jalan demi sebuah kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.



sumber
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.