Latest News

Bufet Ramadhan di Red Box Ria


Sempena kedatangan Ramadhan, pusat karaoke Red Box Ria tidak ketinggalan menyajikan hidangan istimewa berbuka puasa, hanya RM32++ seorang. Menampilkan sentuhan muhibbah, pelanggan boleh menikmati keenakkan masakan daging rendang minang, rebung dengan perut lemak cili api, tempoyak ikan Senangin, ayam kelio, kepah dengan sos krim dill, ‘steamed seabass with nyonya sauce’, kerabu sotong nangka muda,‘prawn lemon salad’, ‘prawn with curry leaf egg yolk’, ayam percik dan banyak lagi.

Juga tersedia masakan barat seperti ‘lamb rack shoulder with mint sauce’, ‘beef escolope’ dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan sajian pembuka selera seperti keropok, kerabu suhun ala Jawa, bergedil, ‘mixed grill salad’ dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, cendol jagung, berbagai jenis kek dan juga kuih-muih tradisional Melayu yang menjadi kemestian semasa berbuka puasa.

Oleh itu, kunjungi Red Box Ria bersama teman dan keluarga anda untuk menikmati tawaran yang disediakan. Jangan risau tentang keselesaan, ini kerana anda akan diberikan bilik khas untuk berbuka puasa yang penggunaannya dibenarkan sehingga tiga jam.

Bagi memenuhi permintaan pengunjung yang selalu datang secara berkumpulan, Red Box Ria turut menawarkan promosi pakej keluarga / berkumpulan yang juga tidak kurang menariknya. Harga pakej untuk lima orang hanyalah RM170++. Manakala untuk lapan orang ianya berharga RM280++. Untuk kumpulan yang lebih besar, anda boleh memilih pakej untuk 10 atau 15 orang. Kedua-dua pakej ini masing-masing berharga RM340++ dan RM490++.

Untuk keselesaan pengunjung, kemudahan surau terdapat di tingkat bawah bangunan Sogo untuk menunaikan solat fardhu. Promosi ini akan berjalan sepanjang bulan Ramadhan. Jamuan setiap hari ini bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Red Box Ria di talian 03 – 26947788.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.